Hakikatnya, memang yang selalu diperkatakan hanya antara 2 model ni sahaja : Nikon dan Canon.
Persepsi masyarakat terhadap 2 pengeluar ini boleh ditasybihkan atau dibandingkan seperti keyakinan orang ramai terhadap kenderaan jenama Honda dan Toyota, walhal banyak jenama lain seperti Mazda, Mitsubishi, Daihatsu dan lain-lain yang berkeupayaan sama ataupun lebih baik darinya. Baru-baru ni juga Honda menarikbalik lebih 23,000 keluaran model Jazz dan City atas sebab masalah brek atau faktor keselamatan yang lain. Dan tahun lepas kita juga dikejutkan dengan penarikan semula model Prius (Toyota) berjumlah ratus ribu unit di seluruh dunia khususnya di Amerika Syarikat. Begitujuga dunia fotografi, pasaran pengeluar-pengeluar DSLR tidak dapat lari dari persepsi masyarakat terhadap keluaran Nikon dan Canon.
Kalau dulu, selain dari FM2, Yashica dan Minolta juga mendapat tempat di kalangan peminat kamera SLR. Binaan
body yang kukuh serta kualiti gambar dan bagus. Malahan 2 pengeluar ini dahulunya lebih popular berbanding model SLR Canon, yang hanya mula membuat nama sejak pelancaran model-model SLR EOS. Teringat aku waktu tu teknologi yang diperkenalkan di dalam EOS 3 menggunakan iris mata untuk menentukan
focusing point. Dan Canon mula berkembang dengan setiap model melalui teknologi-teknologi yang baru meninggalkan model-model Yashica dan Minolta.
Technology is Power!
Ada kalangan rakan-rakan yang menggunakan Olympus E1 atau E3, sungguh aku sendiri kagum dengan kualiti lensa (dengan garis biru berbanding merah pada L lens Canon),
focusing yang laju dan bokeh yang cantik. Dan model-model hybrid keluar Olympus seperti EP-1, EP-2 dan EPL-1... boleh sambung lensa telezoom tu (dengan menggunakan optional adapter)!!!
Dan model-model
intermediate dari Konica-Minolta (gabungan bersama selepas Minolta dikatakan mengalami kemerosotan ekonomi, macam gabungan bank-bank kat Malaysia ni ler...) yang mendapat rating LEBIH BAIK berbanding model dari Nikon atau Canon sendiri. Macam tak percaya je kan?
Sony, walaupun agak baru di arena fotografi, mempunyai pengalaman yang luas dan lama di bidang videografi (mempopularkan brand
handycam). Mula membuat sensor bagi Nikon sejak permulaan era digital fotografi model D70 sehingga kini, Sony aku lihat bakal menjadi saingan yang kuat kepada Nikon dan Canon. Menghasilkan sensor 24MP untuk model full-frame, Sony dilihat tiada masalah menghasilkan lensa sendiri *T atau bronz series, sepertimana Canon dan Leica yang menghasilkan lensa sendiri.
Persoalannya, mana satu yang terbaik? Balik kepada cerita pengeluar-pengeluar kenderaan tadi, bolehkah dikatakan hanya disebabkan Honda Accord lebih baik dari model-model yang lain, maka Honda City atau Jazz juga adalah baik? Ingat balik masalah brek kedua-dua model ni hingga Honda terpaksa menarikbalik lebih 23,000 model ni? Lagipun model terbaik tahun lepas untuk segmen sedan ialah Mazda 6 bukan Honda Accord, hehehe!
Sama juga kamera, dulu Canon 5DMII dikatakan bagus, kemudian tahun 2010-2011 model Nikon D3s pulak. Ramai pengguna Nikon berpindah ke Canon hanya disebabkan satu
body ni.... satu
body iaitu 5DMII. Tapi macam mana pulak tahun ni? Teringat satu ketika dulu sewaktu aku ajukan soalan yang sama kepada Phillip Chong, Chief Editor majalah Digital Camera Magazine Malaysia (ketika itu), beliau nasihatkan aku tak perlu tukar model,
its better for you to invest in lenses. Aku dok congak-congak, mau dekat RM10,000 jugak untuk aku tukar semua line-up lenses + speedlights aku. So aku
stick pada Nikon,
at the end aku boleh beli satu lagi Nikkor 24-70/2.8 dan SB-900 guna duit
difference tu, ada lagi duit boleh simpan, hahaha!
Setiap tahun aku suka tengok keputusan anugerah model-model peralatan fotografi, sama ada EISA Awards atau TIPA awards. Tapi bila tahun bersilih ganti, memang setiap tahun tak tentu model yang sama akan menang... So abihkan boreh jo kalau asyik nak tukar kamera, biasa orang sebut tukar
system. Check out tahun pemenang EISA Awards :http://www.eisa.eu/awards/3/photo.html
So dah dapat jawapan ke pada persoalan di atas? Kalau masih belum jumpe, satu lagi clue cuba check mana-mana magazine yang menganjurkan pertandingan (lokal atau internasional)... Aku rujuk Digital Camera Magazine bulan Februari, ada pemenang yang masih pakai Nikon D200, Canon 450D, Konica-Minolta 7D hatta Panasonic DMC FX01 dan Nikon Coolpix L16 (tempat pertama kategori "
Joy of Nature")...!
So it really depends on you, how you 'create' you shot... Your gear is only a tool for you to achieve that shot you want ;)