Sebagai contoh, bila aku guna wide angle pada focal length 12mm, maka aku akan push speed to the minimum, seperti 1/15sec atau 1/20sec. Bila aku guna tele 200mm pada AF-D 80-200/2.8 aku, maka aku akan guna minimum 1/300sec... Kenapa?
Ramai yang beranggapan bahawa minimum shutter speed ialah 1/60sec kerana mengambilkira 'rule of thumb'. Ini adalah salah kerana 'rule of thumb' merujuk kepada focal length yang digunapakai untuk shot tersebut, bukan fix pada 1/60sec! Dalam keadaan low light seboleh-bolehnya aku hendak mendapatkan shot yang terang, pencahayaan yang semaksima mungkin. Walaupun dengan menggunakan flash, kebiasaannya aku akan set DSLR pada manual mode, speed = minimum focal length dan aperture semaksima mungkin (atau +1 stop). Dengan itu aku bukan sahaja dapat mengambil shot yang terang, tetapi juga ambient light di kawasan tersebut :)
Bagi yang menggunakan APS-C sensor, jangan lupa untuk multiply focal length. Contohnya pada Nikon D300s aku (1.5x), AFD 200mm adalah 300mm pada D300s aku... so speed 1/300sec! Apa-apa speed di bawah focal length, shot anda berkemungkinan akan lebih soft, bahasa pasarnya 'bergegar' atau ghosting. Tambahan dengan ISO yang tinggi dan kemungkinan noise yang jelas, maka gambar yang diambil seperti tidak sharp seperti yang kita harapkan :(
ISO...? Depends, adakalanya aku set fixed pada 800 pada D300s aku, atau auto-ISO dengan maksimum ISO1800. Adakalanya aku nak reservekan detail, aku terpaksa tetapkan ISO pada 200 atau 400 sahaja depends pada subjek dan kualiti foto yang aku nak ambil.
Cubalah! Mana tau, sedikit ilmu aku ni dapat membantu rakan-rakan photographer di luar sana... Kalau ada tips-tips yang lain, sudi-sudilah untuk berkongsi bersama di sini ya?
TIPS : Rule of Thumb : Speed = focal length.


