Saturday, 19 February 2011

SALAM PERKENALAN...

Salam & Selamat Sejahtera,

Dah beberapa lama juga aku pikirkan untuk membuat blog sebagai satu wadah untuk aku menyampaikan apa jua ilmu, pengalaman dan pendapat di dalam ruangan siber, tetapi acapkali memikirkan kemampuan aku sama ada mampu atau berkelayakan untuk berbuat demikian... sedangkan aku tau masih ramai di luar sana yang lebih berpengalaman dan layak, berkelulusan mahupun berjaya di dalam karier fotografi mereka, berbanding aku yang hanya menjadikan fotografi sebagai minat mendalam aku (serious hobby).

1993... tahun bermulanya aku berkecimpung di dunia fotografi, berbekalkan kamera Canon Epoca (design memang smart), dan SLR pertama aku iaitu Nikon FM2 dengan lensa Vivitar. Perrrrghhhhh!!! Orang kata FM2 ni kamera SLR fully-manual, kalau pandai memang gambar akan jadi sangat-sangat cantik, tapi kalau tak pandai atau silap setting, sure hancusss... Dah masuk tahun ke-19 aku dalam bidang ni :)

So, boleh dikatakan yang aku belajar fotografi through the hard way. Beli filem, ambil gambar, cuci gambar... baru boleh belajar sama ada teknik atau setting aku betul atau tidak. Duit banyak habis, tetapi disebabkan minat mendalam untuk pelajari dunia fotografi aku lenjan jugak. Expensive hobby kata mereka yang lain...

Awal tahun 2011, abang aku mencadangkan untuk kami bukak studio bersama. Duit sponsor dia punye, kira dia selaku advisor dan investor. Jangan pandang rendah kemampuan abang aku ni, dia pernah kalahkan aku sewaktu pertandingan fotografi anjuran Fuji di Negeri Sembilan berbelas tahun lepas... dia pakai FM2 sedangkan aku pakai SLR auto F90X. Dia masuk top 10 finalists, dapat saguhati tapi lebih baik dari aku yang tak dapat apa-apa, hahaha!


Nama.... hmmm. Bini aku mencadangkan letak je nama Laboo Studio, sebab kampung kitorang di Batu 8, Labu, Negeri Sembilan. Kasi tweak sikit nama bagi nampak komersil disamping mengekalkan ciri-ciri lokal, abang aku terus setuju sebab mudah meniti kat bibir-bibir orang ramai, so LABOO STUDIO harapnya dapat berkembang di masa akan datang, amin!

Tujuan Laboo Studio, menurut abang aku kalau dapat menjadi platform untuk peminat-peminat fotografi untuk berkongsi ilmu. Kitorang pernah lalui saat susah, nak beli gear bukan murah. Kami harap sekurang-kurangnya kami dapat menyumbang kepada masyarakat, dari budak-budak sekolah sehinggalah veteran, dari beginner hingga ke professional...

Selama ni aku gemar berkongsi karya di dalam facebook, bawah nama personal aku... So kenapa nak susahkan diri nak buat blog pulak? Aku rasa sebab blog lebih sesuai untuk aku menyampaikan apa jua benda kepada orang luar, iaitu anda semua, sama ada ilmu, pengalaman hatta pandangan peribadi aku.

So post pertama ini menjadi permulaan ke dunia blogging fotografi untuk aku. Kalau dulu ada yang kenal aku dengan nama iwanphotography atau Lensa Kreatif, kini aku harap dapat bergerak atas nama studio aku sendiri... Laboo Studio. Salam perkenalan ;)

No comments:

Post a Comment