Hakikatnya, memang yang selalu diperkatakan hanya antara 2 model ni sahaja : Nikon dan Canon.
Persepsi masyarakat terhadap 2 pengeluar ini boleh ditasybihkan atau dibandingkan seperti keyakinan orang ramai terhadap kenderaan jenama Honda dan Toyota, walhal banyak jenama lain seperti Mazda, Mitsubishi, Daihatsu dan lain-lain yang berkeupayaan sama ataupun lebih baik darinya. Baru-baru ni juga Honda menarikbalik lebih 23,000 keluaran model Jazz dan City atas sebab masalah brek atau faktor keselamatan yang lain. Dan tahun lepas kita juga dikejutkan dengan penarikan semula model Prius (Toyota) berjumlah ratus ribu unit di seluruh dunia khususnya di Amerika Syarikat. Begitujuga dunia fotografi, pasaran pengeluar-pengeluar DSLR tidak dapat lari dari persepsi masyarakat terhadap keluaran Nikon dan Canon.
Kalau dulu, selain dari FM2, Yashica dan Minolta juga mendapat tempat di kalangan peminat kamera SLR. Binaan body yang kukuh serta kualiti gambar dan bagus. Malahan 2 pengeluar ini dahulunya lebih popular berbanding model SLR Canon, yang hanya mula membuat nama sejak pelancaran model-model SLR EOS. Teringat aku waktu tu teknologi yang diperkenalkan di dalam EOS 3 menggunakan iris mata untuk menentukan focusing point. Dan Canon mula berkembang dengan setiap model melalui teknologi-teknologi yang baru meninggalkan model-model Yashica dan Minolta. Technology is Power!
Ada kalangan rakan-rakan yang menggunakan Olympus E1 atau E3, sungguh aku sendiri kagum dengan kualiti lensa (dengan garis biru berbanding merah pada L lens Canon), focusing yang laju dan bokeh yang cantik. Dan model-model hybrid keluar Olympus seperti EP-1, EP-2 dan EPL-1... boleh sambung lensa telezoom tu (dengan menggunakan optional adapter)!!!
Dan model-model intermediate dari Konica-Minolta (gabungan bersama selepas Minolta dikatakan mengalami kemerosotan ekonomi, macam gabungan bank-bank kat Malaysia ni ler...) yang mendapat rating LEBIH BAIK berbanding model dari Nikon atau Canon sendiri. Macam tak percaya je kan?
Sony, walaupun agak baru di arena fotografi, mempunyai pengalaman yang luas dan lama di bidang videografi (mempopularkan brand handycam). Mula membuat sensor bagi Nikon sejak permulaan era digital fotografi model D70 sehingga kini, Sony aku lihat bakal menjadi saingan yang kuat kepada Nikon dan Canon. Menghasilkan sensor 24MP untuk model full-frame, Sony dilihat tiada masalah menghasilkan lensa sendiri *T atau bronz series, sepertimana Canon dan Leica yang menghasilkan lensa sendiri.
Persoalannya, mana satu yang terbaik? Balik kepada cerita pengeluar-pengeluar kenderaan tadi, bolehkah dikatakan hanya disebabkan Honda Accord lebih baik dari model-model yang lain, maka Honda City atau Jazz juga adalah baik? Ingat balik masalah brek kedua-dua model ni hingga Honda terpaksa menarikbalik lebih 23,000 model ni? Lagipun model terbaik tahun lepas untuk segmen sedan ialah Mazda 6 bukan Honda Accord, hehehe!
Sama juga kamera, dulu Canon 5DMII dikatakan bagus, kemudian tahun 2010-2011 model Nikon D3s pulak. Ramai pengguna Nikon berpindah ke Canon hanya disebabkan satu body ni.... satu body iaitu 5DMII. Tapi macam mana pulak tahun ni? Teringat satu ketika dulu sewaktu aku ajukan soalan yang sama kepada Phillip Chong, Chief Editor majalah Digital Camera Magazine Malaysia (ketika itu), beliau nasihatkan aku tak perlu tukar model, its better for you to invest in lenses. Aku dok congak-congak, mau dekat RM10,000 jugak untuk aku tukar semua line-up lenses + speedlights aku. So aku stick pada Nikon, at the end aku boleh beli satu lagi Nikkor 24-70/2.8 dan SB-900 guna duit difference tu, ada lagi duit boleh simpan, hahaha!
Setiap tahun aku suka tengok keputusan anugerah model-model peralatan fotografi, sama ada EISA Awards atau TIPA awards. Tapi bila tahun bersilih ganti, memang setiap tahun tak tentu model yang sama akan menang... So abihkan boreh jo kalau asyik nak tukar kamera, biasa orang sebut tukar system. Check out tahun pemenang EISA Awards :http://www.eisa.eu/awards/3/photo.html
So dah dapat jawapan ke pada persoalan di atas? Kalau masih belum jumpe, satu lagi clue cuba check mana-mana magazine yang menganjurkan pertandingan (lokal atau internasional)... Aku rujuk Digital Camera Magazine bulan Februari, ada pemenang yang masih pakai Nikon D200, Canon 450D, Konica-Minolta 7D hatta Panasonic DMC FX01 dan Nikon Coolpix L16 (tempat pertama kategori "Joy of Nature")...!
So it really depends on you, how you 'create' you shot... Your gear is only a tool for you to achieve that shot you want ;)
Sunday, 20 February 2011
Saturday, 19 February 2011
SALAM PERKENALAN...
Salam & Selamat Sejahtera,
Dah beberapa lama juga aku pikirkan untuk membuat blog sebagai satu wadah untuk aku menyampaikan apa jua ilmu, pengalaman dan pendapat di dalam ruangan siber, tetapi acapkali memikirkan kemampuan aku sama ada mampu atau berkelayakan untuk berbuat demikian... sedangkan aku tau masih ramai di luar sana yang lebih berpengalaman dan layak, berkelulusan mahupun berjaya di dalam karier fotografi mereka, berbanding aku yang hanya menjadikan fotografi sebagai minat mendalam aku (serious hobby).
1993... tahun bermulanya aku berkecimpung di dunia fotografi, berbekalkan kamera Canon Epoca (design memang smart), dan SLR pertama aku iaitu Nikon FM2 dengan lensa Vivitar. Perrrrghhhhh!!! Orang kata FM2 ni kamera SLR fully-manual, kalau pandai memang gambar akan jadi sangat-sangat cantik, tapi kalau tak pandai atau silap setting, sure hancusss... Dah masuk tahun ke-19 aku dalam bidang ni :)
So, boleh dikatakan yang aku belajar fotografi through the hard way. Beli filem, ambil gambar, cuci gambar... baru boleh belajar sama ada teknik atau setting aku betul atau tidak. Duit banyak habis, tetapi disebabkan minat mendalam untuk pelajari dunia fotografi aku lenjan jugak. Expensive hobby kata mereka yang lain...
Awal tahun 2011, abang aku mencadangkan untuk kami bukak studio bersama. Duit sponsor dia punye, kira dia selaku advisor dan investor. Jangan pandang rendah kemampuan abang aku ni, dia pernah kalahkan aku sewaktu pertandingan fotografi anjuran Fuji di Negeri Sembilan berbelas tahun lepas... dia pakai FM2 sedangkan aku pakai SLR auto F90X. Dia masuk top 10 finalists, dapat saguhati tapi lebih baik dari aku yang tak dapat apa-apa, hahaha!
Nama.... hmmm. Bini aku mencadangkan letak je nama Laboo Studio, sebab kampung kitorang di Batu 8, Labu, Negeri Sembilan. Kasi tweak sikit nama bagi nampak komersil disamping mengekalkan ciri-ciri lokal, abang aku terus setuju sebab mudah meniti kat bibir-bibir orang ramai, so LABOO STUDIO harapnya dapat berkembang di masa akan datang, amin!
Tujuan Laboo Studio, menurut abang aku kalau dapat menjadi platform untuk peminat-peminat fotografi untuk berkongsi ilmu. Kitorang pernah lalui saat susah, nak beli gear bukan murah. Kami harap sekurang-kurangnya kami dapat menyumbang kepada masyarakat, dari budak-budak sekolah sehinggalah veteran, dari beginner hingga ke professional...
Selama ni aku gemar berkongsi karya di dalam facebook, bawah nama personal aku... So kenapa nak susahkan diri nak buat blog pulak? Aku rasa sebab blog lebih sesuai untuk aku menyampaikan apa jua benda kepada orang luar, iaitu anda semua, sama ada ilmu, pengalaman hatta pandangan peribadi aku.
So post pertama ini menjadi permulaan ke dunia blogging fotografi untuk aku. Kalau dulu ada yang kenal aku dengan nama iwanphotography atau Lensa Kreatif, kini aku harap dapat bergerak atas nama studio aku sendiri... Laboo Studio. Salam perkenalan ;)

Subscribe to:
Comments (Atom)