Tuesday, 8 March 2011

Low Light : Event Photoshoot

Last week aku berkesempatan mengambil gambar Annual Dinner satu syarikat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Bagi 1st timer atau yang jarang mengambil gambar di dalam hotel & dewan, pasti akan merasa janggal atau mungkin panic kerana keadaan lampu yang suram dan adakalanya beraneka warna dari spotlights khususnya di atas pentas... Oleh itu, aku rasa topik kali ni aku nak cerita setting yang aku gunapakai dalam keadaan tersebut, hopefully dapat membantu serba-sedikit rakan-rakan photographer di sini :)

1st rule, you must know your equipment well... Barulah dapat mengurangkan pembaziran masa untuk berpuluh-puluh test shot bagi mendapatkan White Balance (WB) atau exposure yang dikehendaki.

(a) D300s : Aku tau kalau aku push atas ISO2000 noise akan lebih apparent. So I set my D300s for auto-ISO with max. 1800 only. This will make sure I get all the light (including ambient) for my shot... subjek dan latarbelakang yang cukup terang, dengan minimal noise. Kalau aku ada D3s, aku ingat mungkin tak perlu flash, push ISO12,000 cuma control WB jer. Tu KALAU aku ada D3s... huhu!

(b) Nikkor 105mm/f2.0 DC : Perfect for candid shot. Semua tau yang kebanyakan lens akan lebih soft + vignette kalau bukak aperture to the max (i.e. f2.0 dalam kes aku ni) so I set most shots to f2.5. Dengan ISO yang tinggi kemungkinan noise akan lebih jelas, maka agak sukar untuk mendapatkan gambar yang sharp. Kalau saya bukak aperture ke maksimum f2.0 kemungkinan shots aku akan menjadi lebih soft atau adakalanya out of focus (OOF). So I need to be carefull when using this lens. Speed? 1/160 should be ok. Nanti saya akan ceritakan tentang tips untuk speed yang sesuai :)


(c) UW Tokina 12-24mm/f4 : Bagus untuk group shots, atau keseluruhan event. Why not fast lens with f2.8?Aperture f4 sesuai untuk majlis begini untuk maintain sharpness. Speed? 1/25 for still subject. Up sikit untuk move subjects...


(d) SB-900 : Most shots with bounce + reflective card. Reflective card bagi saya penting, cuma 20%-30% cahaya yang akan direct ke subjek, untuk fill-in mana-mana shadow yang agak kuat. Efektif untuk dapatkan latarbelakang yang terang (juga bergantung kepada speed yang rendah dan aperture yang besar). Aku tak berapa suka nak pakai slow curtain atau rear curtain + direct flash except kalau nak buat swirl effect, ikut keadaan dan situasi juga. Bagi persembahan atau event di atas pentas, adakalanya aku akan off flash sekiranya lampu follow spot pentas digunakan, effect lebih menarik dan real.



So, demikianlah setting yang aku gunapakai untuk sebarang event low-light. Mungkin ada antara korang yang mempunyai teknik lain, boleh dikongsi bersama di sini. Atau sekiranya boleh diberi cadangan atau tegur cara aku, aku terima dengan hati terbuka... Mana tau buleh belajar dan improve lagi :) Bye for now!!!

No comments:

Post a Comment